Loading Events
  • This event has passed.

MISI ‘BERJALAN KAKI’ KE KG ORANG ASLI JERNANG, POS TITOM, KUALA LIPIS PAHANG

0 Comment
117 Views

Musim tengkujuh.. Di kg Orang Asli pedalaman beginilah situasi nya.. Jalan hutan berselut dan berlumpur.. Dan ada beberapa tanah runtuh lagi..

Berkenaan update pembinaan Surau Pos Titom akan saya share dalam posting lain..

Kali ini, ingin berkongsi misi khas.. Iaitu menjejaki kampung Orang Asli lebih atas lagi dengan jalan kaki..

Iaitu Kg Orang Asli Jernang..

Di Pos Titom kg ini paling hujung sekali.. Offroad ke Pos Titom pun dah 32 KM perlu dilalui dengan 4×4..

Ditambah dengan berjalan kaki , kalau orang biasa dalam 30 minit untuk sampai ke kampung kerna tiada laluan kenderaan..

Laluan sempit denai yang hanya motor sahaja boleh lalu.. Dan perlu melalui jambatan gantung kayu yang uzur.. Kalau silap langkah boleh masuk dalam sungai.. 😅

Sampai di kampung , saya teruja.. Banyak juga rumah dalam ini.. Dalam anggaran 17 buah rumah.. Keadaan kampung kelihatan bersih dengan rumah tradisional…

Kira dari awal berjalan kaki tadi, saya berempat.. Iaitu dengan Kak Pora, wanita Orang Asli Semai yang tinggal di Pos Betau sama anaknya dan seorang nenek..

Saya bawa bekalan roti canai 10 keping dan 2 bungkus nasi.. Beli dari awal pagi di Sg Koyan.. Saya sedekah pada rumah yang saya tumpang singgah iaitu keluarga Kak Pora juga..

Berehat dan berborak² santai di situ.. Keluarga mereka ramah².. Boleh berborak panjang..

Kemudian hujan turun dengan lebatnya.. maka saya pun terpaksa duduk lama di rumah tersebut..

Details

Start:
Jun 5, 2019 @ 9:30 am
End:
Ogos 8 @ 5:00 pm
Event Categories:
,

Venue

Pahang
Kg Orang Asli Jernang
Kuala Lipis, Malaysia
ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay