Program Kebajikan Saudara Baru

Program ini dijalankan di Kelantan dan Kedah dengan kerjasama Malaysian Chinese Muslim Association(MACMA) untuk membela saudara-saudara baru yang terdiri dari pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk ziarah, kaunseling, kelas Fardhu ‘Ain, bantuan kebendaan, bantuan pendidikan, Sambutan Hari-hari Kebesaran dalam Islam kursus-kursus motivasi dan Qurban.

Program Dakwah di Ranau, Sabah

Program ini telah dijalankan sejak tahun 2007 di beberapa buah kampung dan aktiviti yang sama untuk Orang Asli dijalankan untuk orang-orang Dusun. Sebuah bangunan telah dibeli sebagai rumah guru untuk Kampung Sumbilingan di mana kelas Fardhu ‘Ain diadakan untuk kanak-kanak dan orang-orang dewasa. Kelas-kelas Fardhu ‘Ain untuk kanak-kanak dan remaja juga diadakan di Kg. Matupang, Tinutuan dan Murongin Dua, Ranau. Anak-anak Yatim dan Miskin serta Muallaf yang dhaif dibawa masuk ke Rumah Putera Harapan Ranau. Remaja-remaja Dusun juga dibawa untuk berkursus di PULDOA dan IDIP, Kelantan