Bantuan akhir Ramadan untuk cak rayak di Hari Raya.

Bantuan akhir Ramadan untuk cak rayak di Hari Raya.

Wakil AKF sdr Termizi Yusof (Dogan) sedang menyampaikan makanan untuk jamuan raya di 32 buah kg bawah jagaan beliau di Sungai Siput, dengan sebuah landcruiser berumur 35 tahun, hadiah Jab Kesihatan Perak sewaktu saya bertugas sebagai pengarah JKNP (2000-2004).

L/cruiser ini dijaga dengan baik dan sudah terlalu banyak jasa kepada kira-kira 20 ribu Orang Asli termasuk angkut barang makanan, hardware, tarik balak, pasir, batu, ibu mengandung/ kecemasan dan penumpang hingga 20 orang. tidak berpintu dan tidak berbumbung, merentas sungai dan jalan balak berbukit bukau. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Sebgai pemandu di Hospital Sungai Siput dan isterinya seorang bidan, dua perkhidmatan yang sangat bermakna kpd Orang Asli, ramai telah Islam di tangan beliau. Terima kasih atas sumbangan anda. Berbaloi. Gambar di bawah, L/cruiser dan Dogan di Kg Gentis dg batin Arifin pada 21.5.20