BANTUAN BAKUL MAKANAN AIDILFITRI PEDALAMAN KG ORANG ASLI KELANTAN

BANTUAN BAKUL MAKANAN AIDILFITRI PEDALAMAN KG ORANG ASLI KELANTAN

Alhamdulillah, Yayasan Al-Khalifah melalui En Shamsul bersama terlibat dalam 2 trip menghantar bantuan Bakul Makanan Aidilfitri sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada 2 pos Orang Asli antara paling pedalaman di Kelantan dan Malaysia..

Isnin, 18 Mei- Pos Balar, Gua Musang 198 keluarga
Selasa, 19 Mei- Pos Belatim, Gua Musang 138 keluarga

2 hari menghantar ke pedalaman sana dengan setiap trip perjalanan melebihi 100 KM offroad.. 2 hari bermakna lebih 200 KM offroad..

Walaupun keadaan jalan hutan yang tidak berapa elok namun kita berjaya sampaikan amanah..

Syukur pada bantuan MAIK yang mana menyediakan 2 fasa bantuan kepada seluruh keluarga Orang Asli di Kelantan.. Pertamanya awal Ramadhan dan keduanya menjelang Syawal..

Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini, meringankan beban saudara kita Orang Asli pedalaman yang terkesan bersama dalam tempoh kawalan pergerakan bakal 3 bulan lamanya..

yayasanalkhalifah #maik #pmoa #bakulmakananaidilfitri #pedalaman #orangasli #4×4 #kemanusiaan #kebajikan