Bantuan ‘BAKUL MAKANAN’ COVID19 ke 2 pos Orang Asli pedalaman

Alhamdulillah, hari Sabtu , 11 April 2020, pihak JAKOA Gua Musang misi menghantar bantuan ‘BAKUL MAKANAN’ COVID19 ke 2 pos Orang Asli antara paling pedalaman di Malaysia iaitu POS BELATIM dan juga POS BIHAI..

Dan wakil Yayasan Al-Khalifah iaitu En Shamsul bersama sekali ke sana..

Terima kasih JAKOA yang mana minggu ini, mereka menghantar bantuan kesemua 835 buah kg Orang Asli seluruh negara… Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak meringankan beban Orang Asli bukan sahaja di luar malah yang di pedalaman kejauhan sebegini..

Offroad ke Pos Belatim adalah 80 KM sehala dengan jalan hutan yang sangat mencabar..

InsyaAllah, bersempena bulan Ramadhan nanti yang bakal tiba tak lama lagi.. InsyaAllah , saya akan berusaha mencari dana bagi beberapa buah kampung Orang Asli pedalaman untuk Ramadhan pula..

Kesempatan ini, saya menjemput tuan/puan untuk sumbangan tabung IHRAM (Ihya Ramadhan) Yayasan Al-Khalifah.. Boleh hubungi saya di wassap.my/601111317842/infaqorangasli

Syukran jazilan..

Semoga Allah merahmati kita semua.. Amin..

yayasanalkhalifah #orangasli #covid #jakoa #kitajagakita #pedalaman #posbelatim #posbihai #kitamestimenang