DANA PROJEK SURAU KG ORANG ASLI PULAU KETAM

UPDATE DANA PROJEK SURAU KG ORANG ASLI PULAU KETAM, PELABUHAN KLANG, SELANGOR PADA 9 APRIL 2020 MENCAPAI RM30,000.. SYUKUR, ALHAMDULILLAH..

Syukur pada Allah, dalam situasi negara yang tidak menentu dengan ancaman virus COVID 19, saya masih meneruskan kutipan dana selama tempoh tersebut di belakang tabir, dan rezeki dari Nya kutipan telah mencapai RM30K hasil sumbangan infaq dermawan-dermawan semua..

Namun, Projek Surau Kg Orang Asli Sg Dua Pulau Ketam ini ditangguhkan seketika bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan..

Berikut gambar2 perkembangan pembinaan sebelum PKP dilaksanakan..

Setakat ini disiapkan pelantar dahulu untuk diletakkan barang binaan pertukangan yang mana dibawa dari pelabuhan Klang.. Sebelum disambung dengan 1 lagi bangunan utama iaitu bangunan surau..

Semoga PKP semasa Covid 19 ni dapat pulih kembali dan kita akan sambung pembinaan.. Amin2 Ya Allah..

Doakan yang terbaik untuk misi ini semoga dipermudahkan..

yayasanalkhalifah #orangasli #pedalaman #dakwahbilhal #projeksurausamudera #wakaf #pulauketam #insanselangor #covid19 #kitamestimenang #kitajagakita #doauntukmalaysia