Humanitarian aid during musim Covid 19

SUMBANGAN MISI KEMANUSIAAN ‘IHYA RAMADHAN & COVID 19’ DI PEDALAMAN UNTUK ASNAF MUSLIM ORANG ASLI (OA) POS KUALA MU, SG SIPUT U, PERAK PADA 25 -26 APRIL 2020

Lokasi : Madrasah Darul Salam, Pos Kuala Mu, Sg Siput U, Perak (MDS)

Syukur pada Allah, sumbangan lebih kurang RM4K dengan penyediaan 80 Ramadhan famili kit telah disampaikan pada asnaf jauh pedalaman.. Iaitu ke Surau Orang Asli Kg Bersah Pos Kuala Mu ataupun dikenali namanya sebagai MDS, yang dibangunkan dan dibina oleh Yayasan Al-Khalifah sendiri..

Setiap keluarga Muslim OA di dalam Pos Kuala Mu yang terdiri dari 4 kampung telah terimanya seperti Kg Bersah, Kg Kuala Mu, Kg Gapeh dan Kg Toh..

Semoga sedikit rezeki yang dikongsi, dapat meringankan beban asnaf muallaf OA menyediakan makanan bersahur dan berbuka puasa mereka, dalam menghayati ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini yang mana menjadi lebih sukar berada dalam tempoh PKP 4 yang dilanjutkan ini..

PKP dilanjutkan utk kali ke 4… Bukan saja masyarakat di bandar saja dilanda kesusahan, bahkan masyarakat yang tinggal di pedalaman juga turut terjejas akibat wabak Covid.. Usaha ini dilihat sangat perlu kerana mereka tidak boleh keluar dari kampung, menyebabkan punca mencari rezeki mereka terjejas..

Terima kasih pada JKM Kuala Kangsar, PDRM, JAKOA Perak, APM, dan Rela yang membantu untuk melaksanakan misi ini..

Semoga syiar Islam bersinar di belantara..

Syukran jazilan..

yayasanalkhalifah #kemanusiaan #kebajikan #misi #ihyaramadhan #ihramproject2020 #pedalaman #asnaf #orangasli #covid19 #jkm #pdrm #jakoa