Jejak Asnaf di Bachok

Jejak Asnaf
Bachok, 25 april 2019.
24 april 2019 yang lalu, BBM Kelantan bersama dengan MRA Kelantan membentuk satu kerjasama membantu sebuah keluarga nenek yang terpaksa menyara 4 adik beradik di Mentera, Bukit Marak. Exco muda, En Nik Mohd Bizal bin Ismail dan En Arif bin Mustafa telah turun bersama dengan wakil MRA Kelantan, Mohd Zakri bin Abd Rahman. Dalam perjumpaan tersebut, wakil BBM Kelantan dan MRA berjanji akan cuba untuk memudahkan urusan dalam mendapatkan bantuan. Sedikit sumbangan keperluan dapur dan wang zakat turut disampaikan kepada keluarga tersebut.