Jom Wakaf Ramadhan

Assalamualaikum.
Al-khalifah Foundation telah berdakwah di Sabah sejak tahun 2006 khususnya di daerah Ranau dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM Ranau. Alhmdulillah ramai telah di Islamkan dan kebanyakan dari 100 lebih kampung yang kami sedang follow up asalnya tiada atau sedikit sahaja orang Islam tetapi kini sudah menjadi ramai atau majoriti. Kami sedang merancang memperluaskan usaha ini ke seluruh Sabah. Surau-surau, kelas fardu ain dan tadika diadakan termasuk Pusat Latihan IOA Ranau di Luante untuk melatih fardu ain kepada saudara Islam kita. Kejahilan agama meyebabkan ramai orang Islam murtad di Sabah

Bagi tujuan dakwah juga, sebuah rumah anak yatim, Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau telah di wujudkan pada tahun 2008 dengan menyewa bangunan yang boleh memuatkan 30 orang anak yatim dan miskin khususnya dari saudara baru. Kami telah membeli sebidang tanah seluas 2.9 ekar dan bagi fasa pertama, sebuah bangunan 2 tingkat ukuran 40×60 kaki sedang dibina sebab bagunan RPH sekarang sudah tidak sesuai lagi. Kami masih memerlukan kira-kira 100 ribu untuk menyiapkan bagunan ini.

Sila rujuk poster dan hubungi saudara Sabri +60 19 896 5001