LAPORAN PENUH IHRAM PROJECT 2020 @ YAYASAN AL-KHALIFAH

IHRAM PROJECT 2020 menjalankan misi bantuan kemanusiaan ‘IHSAN RAMADHAN COVID 19’ fokus kepada komuniti Orang Asli seluruh Malaysia di bawah pengurusan NGO Yayasan Al-Khalifah dikala wabak Covid 19 melanda negara. IHRAM PROJECT 2020 bermaksud Projek Ihya Ramadhan Bersama Etnik Minoriti (Orang Asli) tahun 2020. IHRAM itu sendiri adalah singkatan dari perkataan ‘IHya RAMadhan’.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi, dengan kerjasama dan sokongan agensi kerajaan seperti JAKOA, JKM, PDRM, APM, RELA, JAKIM, Agensi Agama Negeri (Jabatan Agama Islam Negeri & Majlis Agama Islam Negeri), aktivis, sukarelawan, penyumbang dana dari pihak bank, syarikat dan perseorangan telah berjaya melaksanakan misi ini ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah lebih 50 buah perkampungan Orang Asli.

Link laporan dalam FB Yayasan Al-Khalifah : https://www.facebook.com/548036541905487/posts/3821827381193037/


KAMPUNG ORANG ASLI TERLIBAT DALAM IHRAM PROJECT 2020:

Kelantan
Gua Musang :
•Pos Balar- Kg Balyek, Kg Ipes, Kg Tidaq, Kg Telur, Kg Perawas, Kg Manjol, Kg Balar Lama, Kg Tembaga, Kg Dakoh, Kg Peng
•Pos Belatim- Kg Penusin, Kg Belatim, Kg Cekrok, Kg Sempadek,
•Pos Bihai- Kg Kuala Suma,Kg Tendrik, Kg Bihai Lama
•Pos Brooke- Kg Jerdip Luar, Kg Jerdip Dalam, Kg Mendrop, Kg Jelgel, Kg Brooke Lama
Pos Tuel- Kg Pelug, Kg Tuel, Kg Ber, Kg Kerbuk, Kg Hanir
•Kuala Betis- Kg Lambok, Kg Bawek

Perak
Sg Siput:
•Pos Kuala Mu-Kg Bersah, Kg Kuala Mu,Kg Gapeh Hulu,Kg Gapeh Hilir, Kg Toh
•Pos Yum- Kg Beswok
•Pos Legap – Kg Keeb

Pahang
Kuala Lipis:
•Pos Lenjang- Kg Nangka, Kg Rakoh, Kg Dayok, Kg Sop, Kg Kg Kenderung, Kg Pagar, Kg Lenjang
•Pos Titom- Kg Titom, Kg Cherues

Selangor
Gombak:
•Kg Batu 16, Kg Batu 12, Kg Sg Relang
Klang:
•Kg Sg Dua, Pulau Ketam

Johor
Kota Tinggi:
•Kg Sayong Pinang, Kg Pasir Intan, Kg Kempas Menang

JUMLAH PERKAMPUNGAN: 53 buah seluruh negara


SUKU KAUM ORANG ASLI YANG TERLIBAT DALAM IHRAM PROJECT 2020:

Temiar, Semai, Jakun, Temuan, Mahmeri

SUMBANGAN IHRAM PROJECT 2020:

Alhamdulillah, DANA kempen IHRAM PROJECT 2020 yang telah disampaikan dalam pelbagai bentuk kepada komuniti Orang Asli dianggarkan RM60K ±

(Nilai ini termasuk bantuan berbentuk TUNAI & berbentuk FIZIKAL barang).

• LEBIH 1500 KELUARGA ORANG ASLI MENDAPAT MANFAAT DARI MISI BANTUAN IHRAM PROJECT 2020


JADUAL PENUH PROGRAM IHRAM PROJECT 2020 (TERLAKSANA):

Link penuh misi berserta link gambar program klik link ini > ( https://www.facebook.com/YAK.IHRAM.Project/posts/3821504774558631 )

18-19 Apr: Pos Tuel (Kg Pelug, Kg Tuel, Kg Ber, Kg Kerbuk, Kg Hanir), Gua Musang, Kelantan bersama Masjid Bangsar KL
25-26 Apr: Pos Kuala Mu, Sg Siput U, Perak (Kg Bersah, Kg Kuala Mu, Kg Gapeh, Kg Toh)
25 Apr: Pos Legap (Kg Keeb) & Pos Yum (Kg Keeb) di Sg Siput Perak U kerjasama Sahabat Jariah
29-30 Apr: Kg Lambok & Kg Bawek, Gua Musang, Kelantan
2 Mei- Kg Batu 16 dan Kg Sg Relang, Gombak kerjasama Insan Selangor
5-7 Mei: Pos Balar (Kg Balyek, Kg Ipes, Kg Tidaq, Kg Telur, Kg Perawas, Kg Manjol, Kg Balar Lama, Kg Tembaga, Kg Dakoh, Kg Peng), Gua Musang Kelantan
9-10 Mei: Pos Lenjang (Kg Nangka, Kg Rakoh, Kg Dayok, Kg Sop, Kg Kg Kenderung, Kg Pagar, Kg Lenjang) & Pos Titom (Kg Titom, Kg Cherues) Kuala Lipis Pahang
10 Mei- Pos Brooke (Kg Mendrop, Kg Jelgel, Kg Jerdip luar, Kg Jerdip dalam, Kg Brooke Lama), Gua Musang, Kelantan sokongan kepada MSUA KL & MRA Perak
13 Mei- Kg Orang Asli Sg Dua, Pulau Ketam, Klang Selangor kerjasama Insan Selangor
16 Mei- Kg Orang Asli Batu 12, Gombak, Selangor kerjasama ABIM Gombak
18 Mei- Pos Balar, Gua Musang, Kelantan (MAIK fasa 2)
19 Mei- Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan (MAIK fasa 2)
19-20 Mei- Kg Orang Asli Sayong Pinang, Pasir Intan, dan Kempas Menang di Kota Tinggi, Johor


Justeru, infiniti ucapan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama para dermawan dan sukarelawan IHRAM Project 2020 @ Yayasan Al-Khalifah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Maka, bersamalah kita menghidupkan hari raya Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari ketaqwaan bulan Ramadhan yang lalu.

Sesungguhnya “Dengan Taqwa Lebaran Lebih Bermakna”.

Terima Kasih,

Salam perjuangan,

Nor Azhar B Mohamed
Pengarah IHRAM Project 2020 @
Pengurus Pembangunan Program Yayasan Al-Khalifah
+60 11-11317842
https://azharalkhalifah.wasap.my/