Lawatan terhadap Mangsa Kebakaran

KUALA LUMPUR 2 OGOS

BBMWP telah mengadakan lawatan terhadap mangsa kebakaran di Kg. Sg. Kertas, Gombak. Kebakaran berlaku pada 30 Julai 2019, pukul 9.30 pagi. Dalam kebakaran ini, keluarga En Faizal tinggal sehelai sepinggang.

Semasa kejadian, En Faizal sedang berniaga di Pasar Subang manakala isterinya, Pn Nik dan 3 orang anaknya berada di rumah saudara mereka di Subang.
Semasa lawatan kami di tapak kebakaran, kami dapati bahawa semua barang perniagaan tidak dapat diselamatkan. Kuching2 peliharaan turut mati terbakar, kecuali seekor dengan kesan luka dan bulu yang terbakar. Rumah yang dibina 10 tahun lalu atas wang hasil bekerja dahulu musnah begitu sahaja. Selain berniaga, En Faizal bekerja menternak lembu dan kambing serta menjual buah2an ketika musim buah. Kini, keperitan hidupnya bertambah kerana lembu dan kambingnya dicuri.
Rumah En. Faizal terletak 200m ke dalam tanah rezab. Air disalurkan dari bukit dengan menggunakan generator. Kini keluarga ini tinggal sementara di rumah kedai yang telah lama tidak digunakan. En Faizal pula berkemah dan bermalam tidak jauh dari tempat terbakar.

Dalam lawatan ini, sukarelawan BBMWP yang terdiri daripada Pak Long Hamzan, Pn Eintan, Pn Wan Rohani, Pn Roshuda, adik Aishah (anak Roshuda) Pn Nor Azlin dan juga Pn Rozana telah menyampaikan sumbangan wang, beras dan barang-barang sumbangan Syarikat BILAL.

Diharap semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh En Faizal dan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Sumbangan tuan2 amat diharapkan untuk mengurangkan kesempitan hidup mereka. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Pn Nik Ruzilawati Maybank 103088104244.

#JomberbaktibersamaBBM#

Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada orang lain.