lawatan terhadap mangsa kemalangan jalan raya di Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA 2 OGOS 2019


Sukarelawan Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan (BBMWP) yang terdiri daripada Pak Long Hamzan, Pn Eintan, Pn Roshuda, adik Aishah (anak Huda), Pn Wan Rohani, Pn Nor Azlin dan juga Pn Rozana (Pengarah Kebajikan BBMWP) telah mengadakan lawatan terhadap mangsa
kemalangan jalan raya yang berlaku pada petang Sabtu, 27 Julai 2019. Waktu melawat bermulapada pukul 4.30 petang di Hospital Putrajaya dan berakhir lebih kurang pukul 5.30 ptg.

Dalam kejadian kemalangan itu, anak mangsa berumur 5 tahun telah maut semasa kejadian. Pn Yusliana kini berada di Wad 3A katil 4 manakala anaknya Noor Shamirah berada di Wad ICU. Kami hanya dapat melawat dari pintu luar bilik adik Shamirah.

Dalam lawatan ini, kami telah menyampaikan salam takziah, sedikit sumbangan daripada ahli dan juga sumbangan daripada Tabung Kebajikan BBMWP. Semoga dengan kata-kata semangat yang kami berikan, Pn Yusliana kuat dan sabar dengan dugaan yang menimpa diri dan keluarganya. Pn Yusliana akan menjalani pembedahan di belakang peha kirinya pada 5 Ogos ini.


Sama-samalah kita berdoa agar beliau dan adik Shamirah kembali pulih seperti sediakala.

#JomberbaktibersamaBbm#

Sebaik baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain