Menziarahi asnaf di Kg Bakar Bata, Pinang Tunggal, Sg Petani.



SUNGAI PETANI – 17 Ogos 2019 jam 3:30 petang. BBM Kedah, HASANI Group & SAYANG SP menziarahi asnaf di Kg Bakar Bata, Pinang Tunggal, Sg Petani.

Keluarga asnaf ini telah disantuni dgn bantuan baik pulih rumah (pembinaan bilik penginapan) sebelum ini. Sayang SP, UNGGAS Malaysia dgn kerjasama pelbagai NGO dan pihak2 lain telah laksanakan gerakkerja bagi membantu keluarga adik Ana OKU (17 tahun).

Ziarah kali ini bagi meninjau keadaan mereka. Dalam ziarah ini, disumbangkan wang tunai hasil sumbangan pelbagai pihak sebabnyak RM500. Wang tersebut utk keperluan proses kemasukkan bekalan letrik dan pemasangan meter. Jumlah keseluruhan yg diperlukan ialah RM980/.
Baki lagi sebanyak 480 akn di usahakan oleh Pn (Fatimah – tidak kerja) ibu adik OKU ini dgn merujuk pada Imam Kariah Masjid Pinang Tunggal. Bekalan letrik yg ada sekarang ini adalah sementara melalui sambungan dari rumah jiran utuk penggunaan lampu sahaja. Justeru bekalan letrik ini patut disegerakan.

BBM Kedah juga akan memantau bebera lagi keperluan untuk keselesaan kuarga ini serta adik Ana yg OKU terlantar.

Sayang SP juga bermurah hati menyumbang sebuah tablet utk digunakan oleh adik Ana bagi mengisi masa terluang.

Pada mana dermawan yg nk membantu keluarga ini. Kita alu alukan. Boleh hubungi 0143148891 – Pn Fatimah Hashim atau BBM Kedah 0162125574 untuk koordinasi.