Menziarahi Keluarga Asnaf

SUNGAI PETANI – 26 Jun 2019. 11:00 pagi Briged Bakti Malaysia (BBM) Kedah telah menziarahi keluarga asnaf miskin yang perlu dibantu.

Berdasarkan maklumat dari sumber memaklumkan keluarga ini kesusahan. Mereka tinggal diatas tanah lot hak milik mereka (bergeran) di alamat No 82, Kg Sg Batu, Bujang./ (Ladang Sg Batu, Divisyen 2, Bedong, Kedah).

Sebuah keluarga seramai 7 orang tinggal sebumbung. Mereka ini ialah Mohd Yuszaini Yusoff (30 tahun) – sakit dan baru selesai ‘operation’ ependik. Discharge wad HSAH pada 20 Jun 2019.

Beliau juga dimaklumkan oleh Dr, ada masalah buah pinggang berlubang. Kes ini dikesan pda bulan Mac 2019. Dirawat di wad HSAH berikutan kaki, peha dan bahagian perut beliau membengkak.

Pn Zaleha Abu Bakar (26 tahun) isteri beliau bekerja sambil membantu jual aiskreem di cafeteria UITM Merbok. Pendapatan sekitar RM25 shj. (6 – 10 mlm). Beliaulah yang menjadi tempat bergantung punca pendapatan bagi keluarga besar ini. Pendapatan ini pun tidak menentu, kerana jika pelajar UITM bercuti. Kerja dan gaji pun tidak ada.

Pn Azizah Romli (59 thn) Ibunya baru shj diberhentikan kerja sebagai ‘cleaner’ dgn sebuah syarikat kontaraktor pada 30 Mei 2019 setelah lebih 3 tahun bekerja. (Kerja di SK Muzafar Shah, Bujang, Merbok). Ditamatkan kerja kerana syarikat tersebut memperkecilkan kakitangannya.

En Yusoff Hashim (63 thn) bapanya sakit. Tidak bekerja sejak 2007. Menghidap sakit kencing manis. (Mata tidak nampak).

Mohd Yusri Yusoff (23 tahun) adalah adik lelaki yang bongsu. (23 Tahun). Tidak bekerja selepas Aidilfitri yang lalu. Bengkel motor di Sg Layar tempat beliau bekerja sebum ini dgn upah harian RM30 telah ditutup sebelum sambutan Aidilfitri baru2 ini.

Anak2 Masih kecil. Berusia 6 tahun (L), 2 tahun (P) dan 11 bulan (L).

Dalam kunjungan ini, BBM Kedah menyumbang ‘kit hot item’ dan sedikit sumbangan RM tunai pada keluarga ini. Diharapkan ianya dapat meringankan beban kesusahan hidup keluarga ini.

Mereka dinasihatkan berhubung dgn pihak Pen Amil kariah Masjid Bujang untuk bantuan stok makanan atau memohon bantuan zakat.

BBM Kedah akan koordinasi dengan Zakat serta JKM bagi membantu dengan kaedah2 tertentu yang sewajarnya.

Mana2 pihak yang ingin membantu keluarga ini boleh berhubung dgn BBM Kedah 0162125574

#SediaBerbakti

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”