Menziarahi Pn Norozah(Ibu tunggal) di Kg Baru, Batu Besar, Sik

SIK – 28 Ogos 2019 jam 6 petang, BBM Kedah telah menziarahi Pn Norozah(Ibu tunggal) di Kg Baru, Batu Besar, Sik. Rumah beliau telah ditimba pokok yang tumbang dalam semasa hujan lebat pada 27 Ogos 2019.

Beliau yg tinggal berseorangan selamat dalam kejadian tersebut. Sebahagian besar rumah, dapur, tandas dan sedikit bahagian ibu rumah rosak teruk bahagian bumbung. Dinding bahagian dapur
juga retak dan akn jatuh sebilang masa akibat pokok besar yg menimpa bumbung rumahnya. Kerosakan teruk tersebut mengakibatkan ruang bahagian dapur dipenuhi air hujan.

Kerugian dimaklumkan lebih kurang RM20, 000 untuk kos pembaikan.

Pihak JKM, LZNK telah menziarahi selepas dimaklumkan kes tersebut. Pihak APM mengambil masa hampir sehari untuk membersihkan batang pokok dan kayu yg tumbang tersebut.

BBM Kedah menyumbang bekalan makanan pada Pn Norozah binti Abdul Talib. BBM Kedah juga akn koordinasi bantuan bagi meringankan beban serta kos baik pulih bumbung
yang rosak tersebut.

Dalam kes ini bantuan dan sumbangan sangat2 diperlukan. Boleh hubungi BBM Kedah 0162125574 untuk urusan koordinasi bantuan.