Misi bantuan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insan Selangor

Misi bantuan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ NGO Yayasan Al-Khalifah dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insan Selangor pada Sabtu, 2 Mei 2020 ke dua buah kampung Orang Asli di Gombak.. Kg Orang Asli Batu 16 dan Kg Orang Asli Sg Relang..

Lokasi bantuan pertama adalah di Kg Orang Asli Batu 16..

Syukur, dalam misi bantuan ini sumbangan Famili Kit bernilai RM50 diagihkan kepada 26 keluarga Orang Asli suku Temuan di sini yang diketuai oleh Tok Batin Ulang.. Dan juga agihan bantuan produk dari V Asia..

Terima kasih pada JAKOA daerah Gombak dan Petaling, Puan Chik Rogayah Mamat yang bersama turut mengiringi bantuan kepada kampung ini..

Kesyukuran kepada komuniti Orang Asli di sini kerna mendapat rezeki tambahan dalam musim PKP 4 yang dilanjutkan..

yayasanalkhalifah #insanselangor #orangasli #bantuanramadhan #infaq #ihramproject2020 #ngo #prihatin #jakoagombak #vasia