Misi Bantuan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ di 3 buah Kg Orang Asli di daerah Kota Tinggi, Johor

Misi Bantuan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ di 3 buah Kg Orang Asli di daerah Kota Tinggi, Johor pada 19-20 Mei 2020

Setelah operasi bantuan non-stop Yayasan Al-Khalifah dari Timur- Barat- Utara, kini giliran ke Selatan Tanah Air..

Agihan 80 pek sumbangan Syawal Famili Kit bernilai RM50 yang kali ini item ditukarkan kepada menu untuk sambutan Hari Raya.. Pemberian adalah untuk keluarga asnaf muallaf Orang Asli dari suku kaum Orang Asli Jakun di sini..

Terdiri dari 3 buah kampung Orang Asli iaitu Kg Sayong Pinang, Kg Pasir Intan dan Kg Kempas Menang..

Sejak tahun 2013, siri bantuan Ramadhan masuk tahun ke 8 ke tiga buah kampung dalam daerah ini..

Terima kasih pada semua yang membantu melancarkan program di Johor ini terutama tuan Jasni Amat ,Sayong Pinang Kboasp, Cikgu Zerick Mutalib, Cikgu Sahira Helmy Sairi, Ustaz توفيق تامين MAIJ, Puan Suhaila dan Puan Janet dari JAKOA Kota Tinggi..

Semoga bantuan yang disalurkan memberikan keceriaan pada asnaf menyambut Syawal dalam kesederhanaan dikala kita semua berada dalam tempoh yang genting iaitu PKP Wabak Covid 19 yang dilanjutkan menjadi 3 bulan..

Semoga Malaysia lekas sembuh dari wabak ini.. Amin..

yayasanalkhalifah #ihramproject2020 #ihsanramadhancovid19 #johor