Misi bantuan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ di perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak Selangor

Misi bantuan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ di perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak Selangor pada Sabtu, 16 Mei 2020

Alhamdulillah, Yayasan Al-Khalifah bekerjasama dengan rakan NGO ABIM Selangor, ABIM Gombak, Pepias, JAKIM dan JAKOA berprogram di sini..

Penampilan spesial, Pengarah Urusan Yayasan Al-Khalifah iaitu Dato’ Abdul Razak Kechik turut hadir bersama..

Memberikan bantuan bagi keluarga asnaf Muallaf Orang Asli di Kg Batu 12 sebanyak 70 kit Famili bernilai RM40..

Terima kasih pada Puan Chik Rogayah Mamat, pegawai JAKOA Gombak & Petaling untuk kebenaran misi..

Misi kali ini, rakan2 NGO dari awal pagi berkumpul di Surau Al-Hidayah Batu 12 menyediakan menu bubur lambok bagi diagihkan pada komuniti Orang Asli pada waktu petang..

Alhamdulillah sebanyak 500 pax bubur lambok dapat diagihkan..

Kg Orang Asli Batu 12 terdapat lebih 450 keluarga Orang Asli di kawasan tanah yang terhad.. Dan bersebelahan dengan Hospital Orang Asli Gombak.. Jadi di sini pencampuran banyak suku Orang Asli dari pelbagai negeri seluruh negara..

Ketika ini, masih ada 12 suku kaum Orang Asli yang menetap di Kg Batu 12.. Yang mana di awal zaman British dahulu terdapat 18 suku kaum Orang Asli di sini..

yayasanalkhalifah #abimselangor #abimgombak #pepias #jakim #jakoa #kgbatu12 #bukitkala