Misi bantuan Ihsan Ramadhan & Covid19

Misi bantuan Ihsan Ramadhan & Covid19, NGO Yayasan Al-Khalifah di perkampungan Orang Asli pedalaman Kelantan pada 29 April 2020

Lokasi: Kg Orang Asli Lambok, Gua Musang,Kelantan
Penerima : 40 keluarga

Syukur, ini program alternatif telah berjaya dilaksanakan.. Asalnya jadual misi ke Pos Balar (pos Orang Asli antara paling pedalaman di Malaysia) di daerah Gua Musang ini.. Namun faktor cuaca hujan dan keadaan jalan ke sana buat masa ini, OCPD menasihatkan kami menangguh misi tersebut ke minggu depan..

Rezeki misi bertukar kepada orang Asli di Kg Lambok, Gua Musang, Kelantan..

Kampung ini juga sebenarnya kampung angkat kami, dan kami telah binakan surau konsep tradisional dan sistem air bersih terawat di situ.. Jadual bantuan ke sini memang sedia ada dalam jadual, tapi kami mengawalkan kali ini..

Bantuan disalurkan dari infaq sahabat dermawan berbentuk barang kering bernilai RM30 satu kit Famili.. Dan juga produk V Asia seperti susu ibu + coklat kismis bernilai RM70 ±..

Set ini diagihkan kepada 40 keluarga di sini..

Syukran pada penduduk kampung yang bersama2 bergotong royong untuk packaging barang tersebut semasa kami sampai di sana..

Terima kasih pada JPAM Gua Musang yang mengiringi misi kami ke kampung Orang Asli ini..

Dan terima kasih pada JAKOA Kelantan,JKM dan PDRM akan kerjasama yang diberikan..

Teruskan menyumbang untuk infaq Ramadhan Yayasan Al-Khalifah..


Boleh hubungi saya Azhar di wassap.my/601111317842/InfaqRamadhanOA

yayasanalkhalifah #sop #covid #kitajagakita #orangasli #pedalaman #dakwahbilhal #jakoa #jkm #apm #posbalar #temiar #kglambok #ihramproject2020 #ihyaramadhan