Misi Bantuan Kemanusiaan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ Yayasan Al-Khalifah di pedalaman Kelantan

Misi Bantuan Kemanusiaan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ Yayasan Al-Khalifah di pedalaman Kelantan , 5-6 Mei 2020..

@ Pos Balar, Gua Musang, Kelantan –

Part 2 (Agihan 200 kit Famili pada keluarga Orang Asli)

Alhamdulillah, setelah 3 jam perjalanan offroad 50 KM, kami sampai ke Pos Balar..

Keadaan perjalanan jalan ada beberapa tempat licin dan berlumpur seperti dalam Part 1 > https://facebook.com/story.php?story_fbid=10217161986736931&id=1087887135

Kami terus menuju ke Kg Orang Asli Dakoh iaitu perkampungan lebih atas tadi dari SK Balar… Di situ, dijadikan centre untuk urusan packaging barangan sumbangan. Dengan bantuan penduduk kampung pemuda-pemuda dan remaja di situ..

Sumbangan anggaran dalam RM6K untuk misi ke pos ini.. Dan nilai bantuan Kit Famili RM30..

Syukran akan sokongan bantuan dana tambahan Ustaz K Mohd Razali dari JAHEAIK.. Beserta sumbangan dari V Asia berbentuk coklat kismis..

Syukur, rezeki yang dermawan sumbangkan menjadi rezeki tambahan pada saudara Orang Asli pedalaman ini dalam tempoh dilanjutkan PKP yang tidak pasti bila tamatnya..

Agihan diserahkan pada ketua MPKKOA En Jalil, untuk beliau uruskan agihan kepada anak buahnya..

Pos Balar ada 10 kampung di dalamnya yang terdiri dari Kg Balyek, Kg Ipes, Kg Tidag, Kg Telur, Kg Perawas, Kg Manjol, Kg Balar Lama, Kg Tembaga, Kg Dakoh, Kg Peng..

yayasanalkhalifah #sop #covid #kitajagakita #orangasli #pedalamanl #jakoa #jkm #apm #ihramproject2020 #posbalar #jaheaik #vasia