Misi Bantuan Kemanusiaan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ Yayasan Al-Khalifah di pedalaman Pahang

Misi Bantuan Kemanusiaan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ Yayasan Al-Khalifah di pedalaman Pahang , 8-9 Mei 2020..

Part 1 – Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang..

Alhamdulillah, misi yayasan di kawasan perkampungan Orang Asli yang mana dua lokasi serentak iaitu mula-mula kami ke Pos Lenjang dahulu kemudian ke Pos Titom (Kisah Pos Titom di Part 2).. Jarak perjalanan offroad 30 KM sehala untuk sampai ke lokasi akhir.. Alhamdulillah cuaca baik di pedalaman sana sepanjang misi..

Syukur dan terima kasih pada JAKOA Pahang dan JAKOA Lipis untuk kebenaran kami masuk ke pedalaman sana.. Disamping membuat permohonan kebenaran kepada Balai Polis Sg Koyan untuk memberi bantuan pada asnaf muallaf Orang Asli di pedalaman..

Di permulaan offroad jalan tanah menuju ke pedalaman, masih ada sekatan roadblock.. Alhamdulillah, melepasinya tiada masalah kerna sudah ada surat kebenaran menjalankan misi..

Syukran pada Ustaz Matyie @ Mohd Asri Mnafi dan Ustaz Bah Coh yang membantu urusan saya ke sana.. Logistik kami dibantu oleh Ustaz Matyie dengan membawa separuh barang bantuan dengan kenderaan beliau dan separuh lagi dengan kenderaan kuda perang saya.. Yang mana nilai barang sumbangan dalam anggaran RM4,000..

Keluarga muallaf Muslim Orang Asli di Pos Lenjang dalam 65 keluarga.. Kami turun ke setiap kampung dalam Pos Lenjang untuk pengagihan iaitu Kg Nangka, Kg Rakoh, Kg Dayok, Kg Kenderong, Kg Sop & Kg Lenjang..

Sumbangan Kit Ramadhan dalam RM50 yang terdiri daripada beras dan barang dapur.. Beserta sumbangan dari VAsia berbentuk coklat kismis..

Syukur pada Allah, rezeki yang dermawan sumbangkan menjadi rezeki tambahan pada saudara Orang Asli pedalaman ini, dalam tempoh dilanjutkan PKP sehingga 9 Jun 2020..

Selepas ke Pos Lenjang, kami menuju ke Pos Titom.. Pos yang lebih atas lagi untuk menghantar bantuan sumbangan dan juga melihat perkembangan Surau Pos Titom yang masih dalam pembinaan..

yayasanalkhalifah #jakoapahang #jakoalipis #pdrm #balaipolissgkoyan #ipdsubang #daiebelantara #sop #covid #kitajagakita #orangasli #pedalamanl #jakoa #ihramproject2020 #vasia