Misi Bantuan Kemanusiaan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ Yayasan Al-Khalifah di samudera lautan Selat Melaka.

Misi Bantuan Kemanusiaan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’ Yayasan Al-Khalifah di samudera lautan Selat Melaka.

Lokasi: Perkampungan Orang Asli Sg Dua di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, Selangor

Tarikh: Rabu, 13 Mei 2020

Perjalanan menggunakan dua buah bot bagi mengangkut barang bantuan misi ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’..

Bantuan barang dapur untuk komuniti Orang Asli dari suku Mahmeri di Kg Sg Dua, Pulau Ketam, Selangor.. Yang bersama dengan seluruh rakyat Malaysia bakal menempuhi tempoh PKP yang dipanjangkan menjadi 3 bulan setakat ini.. Dan kita tidak tahu bila akan tamatnya..

Misi ini dengan kerjasama NGO Pertubuhan Kebajikan Insan Selangor..

Lebih setengah jam perjalanan laut.. Menempuhi badai laut.. Tempias air lautan menyedarkan diri akan kebesaran yang Maha Esa..

Aktiviti laut kelihatan tiada di saat ini.. Jalan laut yang selalu sibuk dengan feri perlancongan pun tidak operasi.. Pulau Ketam masih tidak boleh diakses oleh orang luar..

Namun, alhamdulilah, misi kali ini mendapat kebenaran Ketua Balai Polis Pulau Ketam, tuan Hadi.. Syukran pada bantuan dari Cikgu Mohd Anas Ketua Komuniti Muslim Pulau Ketam (KMPK) sebagai pemudahcara bagi kami memberi bantuan pada komuniti Orang Asli di sini di waktu kawalan ketat PKP..

Bersama pegawai pengiring JAKOA Klang tuan Bro Mali..

Sumbangan dibawa sebanyak 21 kit Famili bernilai RM60 diagihkan kepada keluarga Orang Asli di sana..

Hampir 2 bulan projek surau kita tertangguh disebabkan PKP bagi kampung ini..

Doakan selepas raya kita boleh mula kembali operasi membinanya dan diharapkan PKP tamat semoga perjalanan projek dapat diteruskan.. Amin

yayasanalkhalifah #insanselangor #jakoa #komunitimuslimpulauketam #pdrm #sop #covid #kitajagakita #orangasli #ihramproject2020