Misi membantu pengislaman 20 saudara baru Orang Asli

Assalamualaikum,

Dalam tempoh 3 bulan di awal tahun 2020 (Jan- Mac 2020) ini, YAK telah membantu dalam misi pengislaman 20 saudara baru Orang Asli di 3 negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor..

  1. Pos Lenjang, Pahang- 1 orang
  2. Klang, Selangor- 16 orang
  3. Pos Tuel, Kelantan- 1 orang
  4. Kg Lambok, Kelantan- 2 orang

Syukur pada Allah..

Berkongsi Ibrah dari ayat Quran..

Surah An-Nasr (1-3)

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”

USAHA MILIK INSAN, HIDAYAH MILIK ALLAH..

yayasanalkhalifah #yak #alkhalifahfoundation #orangasli #dakwah #pedalaman #saudara baru