PROBAS Ramadhan 1440H/2019

Kota Bharu, 3 jun 2019.

BBM Kelantan telah melaksanakan Program Bakul Asnaf (PROBAS) sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Program tersebut meliputi beberapa daerah seperti Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat dan lain-lain. Sekumpulan sukarelawan dan beberapa orang exco BBM negeri
Kelantan telah ikut turun padang dalam menjayakan program tersebut.

Program ini bertujuan untuk menyantuni dan mengurangkan tekanan kehidupan golongan asnaf di negeri Kelantan melalui kaedah berkongsi rezeki antara golongan yang berada atau berkemampuan dengan golongan yang memerlukan. Setiap bakul asnaf tersebut mengandungi barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula tepung dan sebagainya.

PROBAS akan terus dilaksanakan pada sepanjang tahun oleh BBM Kelantan. Anda sumbang,kami sampaikan. Insha Allah.