Program Agihan Makanan Basah kepada keluarga Asnaf



Program Agihan Makanan Basah kepada keluarga Asnaf.
KUALA LUMPUR 10 OGOS 2019
Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan diwakili oleh En Salim dan Pn Murniati telah mengambil 3 bungkus ikan seberat 30kg pelbagai jenis dari Pasar Borong Selayang.

Ikan-ikan ini ditaja oleh hamba Allah dari salah satu gerai di Pasar Borong Selayang. Maklumat berkenaan ikan disampaikan oleh Pn Alawiyah Consultancy kepada Pengarah Kebajikan BBMWP. Pn Rozana akan
mengaturkan tempat yang akan dihantar. Ikan ikan tersebut telah dihantar ke Pangsapuri Rajawali, Pangsapuri Palma dan Pangsapuri Dahlia, Bandar Country Home, Rawang, Selangor. Kekerapan menghantar ikan ikan tersebut, diharap penglibatan lebih ramai sukarelawan tampil dan dapat membantu lebih ramai asnaf menikmati makanan yang lebih berkhasiat.
Segala persoalan boleh hubungi Tn Hj Zulfekar 0162123658, Tn Hj Menim 0199506575 atau Rozana
0133850363. Sumbangan untuk membantu Asnaf boleh disalurkan ke akaun *Mayban Briged Bakti Malaysia 562209640727 dengan catatan Asnaf Gambar slip mohon dihantar ke 0133850363 Rozana untuk tujuan
rekod. Jazakumullahu Khairan Kathira kepada sahabat yang menyumbang dan menyokong usaha ini. Moga2 usaha kita diredai Allah, dan digantikan dengan rezeki yang berkat, berganda dan lebih baik. AAMIIN.
Jom berbakti bersama BBM Sebaik2 manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lain.