PROGRAM DIDIK RAKAN JALANAN.

KUALA LUMPUR 15 Mei 2019.
Setiap hari Rabu, Program Menyantuni rakan jalanan diadakan di lapang Boulevard Jalan Tuanku Abdul Rahman, berhadapan dengan Restoran Yaseen. Dengan membentang beberapa helai tikar dan menempatkan 1 meja panjang berserta 5 buah meja, tenaga pengajar dan anak-anak rakan jalanan ini melakukan aktiviti rutin. Ahli BBMWP terdiri daripada NP Latihan Tn Hj Zulfekar, Ustaz Razlan, Pengarah Rakan Jalanan Pn Eintan Najibah, Pn Halimaton, Pn Zulia, Pn Murniati, Pn Nadiera, Pn Rozana dan anak-anak Huffaz daripada Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah.

Nama-nama anak rakan jalanan ini dan juga ibu mereka direkodkan dan juga dicatat pencapaian bacaan mereka. Anak-anak ini diajar mengaji iqra’, solat, mengira, menulis dan membaca. Ada juga ibu anak-anak ini datang untuk belajar mengaji. Ada yang masih membaca Iqra’ dan ada juga sudah mulai membaca al-Quran. Apabila masuk waktu Isyak, anak-anak rakan jalanan diajak solat berjemaah.

Selepas mengaji, anak-anak ini diberi makanan berupa kuih muih dan air berbagai-bagai perisa sumbangan Afezudin, wakil daripada Team Gabungan Gema KL, UniKL Volunteers, Swcopr, Kencara Soup Kitchen dan KPDNHEP. Selain itu, ada juga sumbangan Roti John daripada Maslina Taman Melati.

Program selesai sekitar pukul 11 malam. Kami masih mencari sumbangan telekung untuk diberikan kepada anak-anak dan ibu rakan jalanan.

Sekiranya ada yang ingin menyumbang telekung dan wang untuk program berbuka pada 1.6.2019, harap dapat hubungi
Puan Eintan 01127170840, Tn Hj Zulfekar 0162123658 atau Rozana 0133850363.

Sumbangan boleh juga disalurkan ke akaun Maybank Briged Bakti Malaysia
562209640727. Mohon hantar gambar slip ke 0133850363 Rozana untuk tujuan rekod.

Jazakumullahu khairan kathira kepada sahabat yang menyumbang dan menyokong usaha ini . Moga2 usaha kita diredai Allah, dan digantikan dgn rezeki yang berkat, berganda dan lebih baik. Aamiin.
RAMADAN KAREEM.

Jom berbakti bersama BBM

Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lain.