Program gotong-royong untuk membersih dan menceriakan sebuah rumah asnaf di Kok Pasir, Tumpat

Tumpat, 5 Mei 2019.
Pada 4 mei 2019 yang lalu, satu program gotong-royong untuk membersih dan menceriakan sebuah rumah asnaf di Kok Pasir, Tumpat dilakukan dengan kerjasama sukarelawan-sukarelawan dari BBM Kelantan (Bahagian Masyarakat), Food Aid Foundation dan MRA Kelantan. Program Gotong-Royong ini telah ditaja oleh Tesco Kota Bharu, Kelantan.

Antara aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut adalah seperti mengemas dapur bilik dan ruang tamu rumah asnaf tersebut. Selain itu, sukarelawan terlibat turut menyapu sampah dan membersihkan lantai rumah asnaf itu. Dalam masa yang sama zink, dinding, langsir, tikar getah,
alas meja, cadar dan perabut turut digantikan. Sistem elektrik rumah asnaf tersebut turut dibaikpulih oleh sukarelawan-sukarelawan terlibat.