PROGRAM “MOSQCARE” PELAJAR KELAB BBM UM


KUALA LUMPUR – 30 November 2019. Program kesukarelawanan yang disertai oleh 22 orang
pelajar ahli Kelab BBM Universiti Malaya telah berlangsung dengan jayanya. Pelajar melaksanakan kerja pembersihan dan pengemasan Surau Ittifaq di Setiawangsa, Taman Keramat,
Kuala Lumpur. Pengerusi HELWA BBM Pn. Rozana dan ahli BBMWP Pn. Asnida dan Pn.Zainab mengurus dan memantau program berkenaan bagi pihak BBMWP.
Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sarapan, diikuti taklimat oleh YBhg. Dato’ Sani,
Pengerusi surau. Pelajar, dalam kumpulan kumpulan kecil kemudiannya mengemas dan membersihkan bahagian luar dan dalam surau. Pelajar juga diajak mengerjakan solat dhuha dan
solat zuhur secara berjamaah. Aktiviti berakhir pada pukul 3 petang.
Terima kasih kepada pihak surau yang memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kpd anak2 muda bakal sukarelawan ini.

Sekalung penghargaan juga kepada mereka kerana menyediakan sarapan
dan makan tengah hari serta memberikan wang bayaran tambang LRT untuk pelajar balik ke UM. Pihak surau amat berpuas hati terhadap sahsiah dan sikap anak2 muda tersebut. Di sebalik aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan oleh pelajar BBM UM ini, ada perkara yang sedang dipupuk, antaranya termasuklah aspek kepemimpinan, pengurusan, kemahiran
berkomunikasi, adab terhadap masyarakat, dan kolaborasi dengan pihak luar. Jika terdapat sebarang kekurangan, pelajar harus menjadikan kekurangan itu sebagai pengajaran utk kerja2 lapangan pada masa hadapan.
Selepas ini, mereka diharap dapat mengembangkan kegiatan ini di tempat-tempat lain dengan menarik anak2 muda lebih ramai ke surau dan ke masjid. Dengan kreativiti yang ada pada pelajar2 muda ini, mereka diharap dapat merancang aktiviti pembangunan spt pemantapan akidah, keusahawanan, jati diri dsbnya selaras dengan keperluan hidup masa ini dan akan datang, insya-Allah.