Program ziarah rumah pasangan asnaf yg ditimpa musibah ribut

YAN, KEDAH 3 Sept 2019. BBM Kedah bersama, Sayang SP dan Unggas Malaysia telah menziarahi rumah pasangan asnaf yg ditimpa musibah ribut. Alamat rumah di no 64, Simpang 3 Pasir, Merbok.

Dalam kejadian ribut pada 9 Ogos 2019 lepas, rumah En Halim Kee Choon bin Abdullah (57 thn) dan pasangannya Pn Rokiah binti Husain (57 thn) telah musnah bahagian bumbung.

Rumah mereka ini dibina sendiri lebih dari 2 tahun lepas diatas tanah pusaka yg belum difaraid.

Ziarah kali ini adalah kali kedua. Ziarah BBM kali pertama ialah pada hari khamis 29 Ogos 2019 jam 8 mlm.

Dlm ziarah tersebut, didapati rumah ini bergelap. Hanya cerah dgn bantuan cahaya solar. Bekalan letrik tidak ada kerana memerlukan kos utk pemasangan tiang letrik tambahan kerana jarak agak dgn jalan mini tar kampung tersebut.

Pada yg ingin mmbantu pasangan ini boleh berhubung dengan BBM Kedah 016215574 untuk koordinasi bantuan. Sumbangan boleh di hantar dalam pelbagai bentuk seperti bumbung zing dan sebagainya.

BBM Kedah akn koordinasi program gotong royong bersih sekitar kawasan rumah keluarga ini pada 7 Sept 2019 (Sabtu ) mulai jam 8 pagi hingga 11:30 pagi semua dijemput hadir.