Projek Surau Belantara Yayasan Al-Khalifah tahun 2020

Projek Surau Belantara Yayasan Al-Khalifah tahun 2020:

  1. Surau Muallaf Orang Asli Pos Titom, Kuala Lipis, Pahang (binaan batu):
    Kos telah digunakan sebanyak RM40,000..
    Projek ini projek J.V. antara Yayasan Al-Khalifah dan Pejabat Agama Lipis. Hasil sumbangan infaq awam melalui akaun Yayasan Al-Khalifah sebanyak RM16,500 dan selebihnya sumbangan lain dari dermawan, NGO lain, dan tambahan dana dari JAKIM HQ..

Bangunan hampir siap.. Cuma belum ada dana bagi pemasangan jubin dan pagar surau.. Dijangka memerlukan lagi RM10K lagi untuk hal tersebut..

  1. Surau Muallaf Kg Sg Dua, Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, Selangor (Binaan kayu)

Surau secara konsep tradisional dari kayu. Perkiraan kos bahan binaan dan logistik yang sangat mahal berbanding di darat kerana menggunakan bot. Perkampungan Orang Asli terletak di pulau yang jarak 1 jam dari pelabuhan Klang..

Buat masa sekarang projek ini adalah direct di bawah Yayasan Al-Khalifah.. Jadi kos dikumpul sendiri oleh Yayasan Al-Khalifah.. Dana terkumpul terkini adalah RM30,000 untuk konsep surau minimalist..

Anggaran memerlukan lagi dalam RM10K-RM20K fasa kedua.