Sumbangan wakaf karpet dari masjid Tanjung Dawai

SUNGAI PETANI – 28 Ogos 2019 jam 12 tengahari
BBM Kedah telah menerima sumbangan wakaf karpet dari masjid Tanjung Dawai. Tn Hj Halim (Imam) dan AJK Masjid Tanjung Dawai telah besetuju karpet lama masjid tersebut diwakafkan kepada pihak lain kerana masjid tersebut telah mendapat gantian karpet baru.


Agihan karpet ini kepada surau yg telah dikenalpasti dikoordinasi oleh BBM Kedah. Sebuah lori disewa oleh BBM Kedah bagi mengambil dan menghantar karpet tersebut surau Maahad Tahfiz Jabal Nur, Semeling (yg terbakar baru2 ini) dan Surau Rumah Anak Yatim/Miskin Gemilang Putera, Chepir, Sik.