Yayasan Al-Khalifah
Yayasan Al-Khalifah (YAK) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006. Fokus utama projek Yayasan Al-Khalifah adalah golongan sasaran ‘Orang Asal/ Asli’ di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA).
Namun begitu pihak yayasan turut membantu komuniti lain sebagai pendana projek Anak Yatim dan Miskin, Saudara Baru, Rohingya, Bantuan Kemanusian Luar dan Dalam Negara.
Penubuhan
Pendaftaran No. Syarikat : 753352-H
Rujukan Pelepasan Cukai: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161
No Warta: 18667
Tarikh Kuatkuasa: 01.06.2008
VISI
Menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang efektif dan efisien dalam membantu dan melindungi golongan sasaran yang terpinggir.